saya pun berasa hairan kenapa orang selalu cakap harga emas ni mahal dan tak mampu nak beli dari dulu sampailah sekarang ni.Saya dulu pun berkata sedemikian rupa,tapi bila difikirkan sampai bila pun saya tak memilik emas lah cam ni aduh.....cuba kita renungkan sejenak:-

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P

Kesimpulannya apa orang dulu kata mahal tapi sekarang pun mahal juga,jadi tak perlu dengar cakap orang lah....kalau tidak sampai bila pun tak memiliki...emaaslah jawabnya

Wednesday, April 7, 2010

Apakah itu Zakat Harta


Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
 

Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat binatang Ternakan
Zakat Pertanian
Zakat Wang Simpanan
Zakat Emas Dan Perak
Zakat Saham
  ZakatMa'adin, Kudus dan Rikaz *


***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Untuk pengetahuan yang lebih lanjut lagi bolehlah kiranya anda klik di pautan laman agensi kerajaan yang telah disediakan oleh saya untuk memudahkan pencarian pembaca sekalain......

0 comments:

Post a Comment