saya pun berasa hairan kenapa orang selalu cakap harga emas ni mahal dan tak mampu nak beli dari dulu sampailah sekarang ni.Saya dulu pun berkata sedemikian rupa,tapi bila difikirkan sampai bila pun saya tak memilik emas lah cam ni aduh.....cuba kita renungkan sejenak:-

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P

Kesimpulannya apa orang dulu kata mahal tapi sekarang pun mahal juga,jadi tak perlu dengar cakap orang lah....kalau tidak sampai bila pun tak memiliki...emaaslah jawabnya

Monday, February 14, 2011

Salam Kerinduan Pecinta Emas hehehehe

Tengok tajuk cam menarik jer...sebenarnya dah lama sangat tak berkecimpung duni bloging ni dek kerana kesibukan kerja-kerja dan kerja..........


Almaklumlah sekarang ni untuk pengetahuan korang....aku ni dah bertukar alamat tempat kerja...dari Selangor aku merantau ke Jerteh Terengganu pulak..bersebelahan dengan Kelantan negeri Emas hehehehehe tempat tnggalku sekarang ini....so kiranya balik ke kampung halaman lah plaknya bermuala dari 3 januari 2011 sehinggalah sekarang ini...pas ni kemana lah plak agaknya yer....


So masa yang terluang ni aku create lah sikit supaya korang yang baca ni tak pening nak cari aku pulak nanti yeeee...so kepada rakyat Terengganu dan Kelantan yang mana nak beli emas atau nak jual ker bolehlah sudi kiranya hubungi talian ku ini......Sekian......

Tuesday, November 2, 2010

Dinar Emas Henti Perang Mata Wang

Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir

01/11/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

Tuesday, October 19, 2010

Tamak adalah sifat yang boleh merugikan anda

Ramai yang tidak faham dengan situasi "tamak dikala menjual emas dan tamak dikala membeli emas". Anda kena bijak dalam menentukan masa yang sesuai membuat belian atau membuat jualan emas, baru la anda akan selamat dari sifat demikian.
Memang tidak dinafikan semua orang nak untung tapi ada sesetengah yang saya jumpa dah untung nak cari lagi yang lebih menguntungkan,ini adalah sifat tamak yang selalu saya jumpa,mungkin faktor ilmu yang tidak cukup menjadikan penjual atau pembeli emas rugi,anda kena selalu monitor atau menganalisis graf emas dan bandingkan juga dengan graf usd,ekonomi semasa dan lain-lain yang boleh didapati di http://www.kitco.com/ dan http://www.goldprice.org/ .


Jangan sesekali dikala harga emas naik anda tidak menjual tetapi menunggu lagi harga lebih tinggi hari besok,kalau harga emas naik mungkin nasib berpihak kepada anda tetapi kalau harga emas turun anda juga yang rugi,mana yang anda pilih untung yang sikit atau rugi yang banyak?


Masa yang sesuai membeli emas

Rekot graf dalam masa 10 tahun adalah 6 bulan awal tahun turun dan 6 bulan akhir tahun naik, so kat sini boleh menjadi sedikit pegangan untuk anda menjual atau untuk anda membeli,tapi ini adalah hanya anggaran kasar sahaja dalam masa setahun.

Ikat harga (log price) ini adalah cara penjual dan pembeli emas yang selalu guna,anda kena yakin dengan pegangan harga yang anda nak ikat,harga emas boleh berubah bila-bila masa tapi kalau anda ikat, harga tersebutla harga pegangan yang akan berlaku dikala membayar nanti. tapi anda kena ingat ikat harga adalah satu perjanjian persetujuan harga.


Masa yang sesuai menjual emas

Sama juga macam diatas rekot graf dalam masa 10 tahun adalah awal tahun turun penghujung tahun naik,anda boleh juga ikat harga dengan harga yang telah anda yakin.sebenarnya anda boleh menjual bila-bila masa mengikut keuntungan yang anda dapat, jangan terlalu mengharapkan kenaikan yang maksima nanti anda akan rugi kalau harga turun menjunam.

Faktor spread harga memainkan peranan penting dalam menentukan cepat atau lambatnya anda mendapatkan keuntungan,

Friday, August 13, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Salam Kerinduan Semua

Fuhhh...lama betol dah tak update blog ni ...kerana tidak berkesempatan...nak buka entah apa lagi...semuanya sibuk kerana kerja....busines tetap busines kerja tetap kerja....

Untuk pengetahuan semua sempena bulan baik ni saya mohon kemaafan sekiranya ada terkurang dalam penulisan saya dalam blog ni..almaklumlah baru je nak menceburkan diri dalam penulisan blog ni...apa pun SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH..