saya pun berasa hairan kenapa orang selalu cakap harga emas ni mahal dan tak mampu nak beli dari dulu sampailah sekarang ni.Saya dulu pun berkata sedemikian rupa,tapi bila difikirkan sampai bila pun saya tak memilik emas lah cam ni aduh.....cuba kita renungkan sejenak:-

Bila harga emas 800 USD orang cakap mahal
Bila harga emas 900 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 990 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas 1100 USD pun orang cakap mahal
Bila harga emas mencecah 1200 USD pun orang cakap mahal :P

Kesimpulannya apa orang dulu kata mahal tapi sekarang pun mahal juga,jadi tak perlu dengar cakap orang lah....kalau tidak sampai bila pun tak memiliki...emaaslah jawabnya

Tuesday, November 2, 2010

Dinar Emas Henti Perang Mata Wang

Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir

01/11/2010 2:36pm

KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

Tuesday, October 19, 2010

Tamak adalah sifat yang boleh merugikan anda

Ramai yang tidak faham dengan situasi "tamak dikala menjual emas dan tamak dikala membeli emas". Anda kena bijak dalam menentukan masa yang sesuai membuat belian atau membuat jualan emas, baru la anda akan selamat dari sifat demikian.
Memang tidak dinafikan semua orang nak untung tapi ada sesetengah yang saya jumpa dah untung nak cari lagi yang lebih menguntungkan,ini adalah sifat tamak yang selalu saya jumpa,mungkin faktor ilmu yang tidak cukup menjadikan penjual atau pembeli emas rugi,anda kena selalu monitor atau menganalisis graf emas dan bandingkan juga dengan graf usd,ekonomi semasa dan lain-lain yang boleh didapati di http://www.kitco.com/ dan http://www.goldprice.org/ .


Jangan sesekali dikala harga emas naik anda tidak menjual tetapi menunggu lagi harga lebih tinggi hari besok,kalau harga emas naik mungkin nasib berpihak kepada anda tetapi kalau harga emas turun anda juga yang rugi,mana yang anda pilih untung yang sikit atau rugi yang banyak?


Masa yang sesuai membeli emas

Rekot graf dalam masa 10 tahun adalah 6 bulan awal tahun turun dan 6 bulan akhir tahun naik, so kat sini boleh menjadi sedikit pegangan untuk anda menjual atau untuk anda membeli,tapi ini adalah hanya anggaran kasar sahaja dalam masa setahun.

Ikat harga (log price) ini adalah cara penjual dan pembeli emas yang selalu guna,anda kena yakin dengan pegangan harga yang anda nak ikat,harga emas boleh berubah bila-bila masa tapi kalau anda ikat, harga tersebutla harga pegangan yang akan berlaku dikala membayar nanti. tapi anda kena ingat ikat harga adalah satu perjanjian persetujuan harga.


Masa yang sesuai menjual emas

Sama juga macam diatas rekot graf dalam masa 10 tahun adalah awal tahun turun penghujung tahun naik,anda boleh juga ikat harga dengan harga yang telah anda yakin.sebenarnya anda boleh menjual bila-bila masa mengikut keuntungan yang anda dapat, jangan terlalu mengharapkan kenaikan yang maksima nanti anda akan rugi kalau harga turun menjunam.

Faktor spread harga memainkan peranan penting dalam menentukan cepat atau lambatnya anda mendapatkan keuntungan,

Friday, August 13, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Salam Kerinduan Semua

Fuhhh...lama betol dah tak update blog ni ...kerana tidak berkesempatan...nak buka entah apa lagi...semuanya sibuk kerana kerja....busines tetap busines kerja tetap kerja....

Untuk pengetahuan semua sempena bulan baik ni saya mohon kemaafan sekiranya ada terkurang dalam penulisan saya dalam blog ni..almaklumlah baru je nak menceburkan diri dalam penulisan blog ni...apa pun SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH..

Thursday, May 27, 2010

Ikhtibar Skandal Mata Wang

TERLALU awal untuk menyatakan apakah yang sebenarnya berlaku di sebalik skandal syarikat Securency International yang membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas di Australia dan 26 negara lain di dunia. Syarikat ini yang berpangkalan di Melbourne, Australia merupakan syarikat usahasama di antara syarikat British, Innovia Films dan Reserve Bank of Australia (RBA).
Syarikat ini didakwa merasuah orang tengah bagi memperoleh urus niaga mencetak wang kertas dengan kerajaan negara lain. Lebih teruk lagi, syarikat ini dituduh merasuah Timbalan Gabenor sebuah bank pusat dengan menawarkan pelacur Asia. Malahan, ada laporan menyatakan Gabenor sebuah bank pusat negara Asia juga terlibat dengan gejala rasuah melalui pembayaran komisen dan juga rasuah seks.
Akibat daripada pendedahan ini, Malaysia adalah antara sebahagian negara yang mendesak kerajaan Australia menyiasat skandal rasuah dan penyelewengan syarikat pembekal mata wang ini.
Melihat kepada skandal terbaru ini, bolehlah dikatakan bahawa pada masa kini, mata wang kertas bukan sahaja menjadi medium pertukaran tetapi juga satu mekanisme untuk mengaut keuntungan secara melampau. Asas kewujudan mata wang sebagai medium pertukaran semakin lama semakin dipinggirkan. Buktinya, negara kita pernah diserang oleh spekulator mata wang yang tamak untuk memperoleh keuntungan sekelip mata melalui urus niaga mata wang.
Tidak dapat disangkal lagi, pada masa kini fungsi mata wang diperluaskan lagi sebagai barangan dagangan yang boleh dijual beli. Fungsi inilah menyebabkan segelintir pihak yang sanggup melakukan rasuah hanya semata-mata untuk mendapatkan urus niaga membekal mata wang kertas kepada negara-negara lain.
Nilai mata wang melalui kadar pertukarannya yang sering turun naik dan tidak stabil memberi peluang kepada golongan sebegini untuk mendapat kesenangan dengan mudah. Turun naik kadar pertukaran mata wang jugalah menyebabkan Amerika Syarikat (AS) berharap kadar pertukaran mata wang China, yuan lebih kukuh agar dapat mengurangkan defisit dagangannya dengan China. Manakala, China pula berasa gusar dengan krisis hutang di Eropah yang menyebabkan perdagangan di antara negaranya dengan Eropah semakin terjejas jika mata wang yuan semakin kukuh.
Krisis ini akan menjejaskan permintaan Eropah ke atas barangan negara China dan kesannya akan lebih teruk lagi jika kadar pertukaran yuan semakin mengukuh berbanding euro. Malahan, permintaan ke atas barangan China akan lebih terjejas lagi apabila banyak negara Eropah bercadang untuk memotong bajet mereka.
Pemotongan bajet seperti manfaat untuk golongan tidak bekerja dan pengurangan bajet pendidikan menggambarkan negara-negara Eropah sedang berusaha mengurangkan perbelanjaan mereka. Perkara ini cukup menarik perhatian masyarakat dunia kerana sejak Perang Dunia Kedua, negara-negara Eropah mengamalkan dasar ekonomi negara berkebajikan. Langkah ini akan menyebabkan permintaan terhadap barangan negara-negara lain juga akan berkurangan dan seterusnya menjejaskan perdagangan dunia.
Meskipun AS mengatakan kesan krisis ini adalah minimum tetapi ramai pakar ekonomi mengatakan kesannya sukar diramal. Impaknya akan menjadi lebih parah jika krisis ini merebak ke negara-negara lain. Perdebatan di antara kuasa ekonomi terbesar dan ketiga terbesar di dunia mengenai mata wang ini menggambarkan kelemahan penggunaan mata wang kertas. Masing-masing ingin menjaga kepentingan negara mereka sahaja. Meskipun, China mengatakan ia bertujuan menstabilkan ekonomi, namun faktor utamanya adalah untuk memastikan permintaan ke atas barangan mereka tidak terjejas.
Kadar mata wang dunia yang tidak menentu, sering berubah-berubah dan dijadikan barangan dagangan menyebabkan penyelewengan mudah berlaku, seterusnya menjejaskan kestabilan ekonomi dunia.
Satu-satunya cara untuk menangani ketidakstabilan ekonomi dunia ini adalah dengan menggunakan emas sebagai mata wang dunia atau lebih dikenali sebagai dinar emas. Kelebihannya memang telah diakui kerana mempunyai nilainya yang sebenar dan telap inflasi berbanding rejim mata wang sekarang.
Paling utama, mata wang dunia akan mempunyai satu nilai yang stabil dan tetap untuk digunakan di mana-mana sahaja. Persaingan ekonomi di antara negara juga akan lebih adil berdasarkan faktor kualiti barangan dan perkhidmatan serta produktiviti pekerja.
Namun, bukannya mudah untuk mengajak seluruh negara di dunia menggunakan mata wang emas terutamanya kuasa-kuasa besar ekonomi dunia yang akan sentiasa mempertahankan status quo mereka. Penggunaan mata wang emas akan menyebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan tersendiri seperti kuasa beli mereka yang tinggi berbanding negara-negara lain.
Meskipun begitu, diharapkan skandal terbaru melibatkan syarikat pencetak mata wang di Australia menjadi iktibar kepada mereka dan negara-negara lain mengenai kepentingan penggunaan emas sebagai mata wang utama dunia. Hanya dengan cara ini ekonomi dunia akan lebih baik, stabil dan selamat berbanding rejim mata wang kertas yang digunakan pada masa sekarang.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia
Dari utusan Malaysia.